Minat aku pada bidang
seni suara memang begitu
mendalam..namun aku tak mengetahui adakah cara nyanyianku itu merupakan cara yg betul..
semuanya adalah atas dasar pengalaman sahaja..
latihan nyayian yang pernah aku sertai hanya la disekolah ku iaitu nasyid sekolah..
aku mengenali
second voice,flat or 3rd voice,bass,basic..namun ketika aku sudah berada di dalam universiti ini pula..
aku telah didedahkan dengan jenis suara yang aku sendiri belum mengenalinya..
antaranya ialah
alto,somprano,tenor,bariton..sesetengah daripadanya aku mengetahui daripada internet..
Pengalaman yang aku pernah dapat paling
berharga adalah ketika mengadakan persembahan alumni sekolah..
mengapa aku mengatakan pada hari tersebut merupakan hari paling berharga,malah terselit perkara
manis dan menarik?kerana pada hari tersebut,persembahan aku telah dilihat atau
disaksikan oleh seorang
artis,walaupun beliau masih baru ketika itu namun aku tahu bahawa beliau mempunyai pengalaman juga dalam bidang nyanyian yang menyebabkan beliau berjaya menunjukkan bakatnya sehingga berjaya pergi ke final didalam pertandingan yang beliau sertai..walaupun ia merupakan rancangan realiti television..
namun pada
pemikiran awalku,ku sangka aku akan
memalukan diri aku sendiri..
kerana memikirkan aku
dikritik teruk oleh beliau..
sangkaan aku ternyata
meleset..selesai sahaja persembahan..ternyata
pujian yang sampai ke cuping telingaku..
aku tidak mengetahui samada itu adalah semata pemanis kata ataupun benar..
namun semanjak malam itu juga telah memberi aku
suntikan untuk
mendalami lagi bidang
seni suara..namun satu
masalah..kenapa aku
takut untuk
mempamerkan diri aku..??bergetar dan goyah walaupun
sudah berkali-kali aku telah mengadakan persembahan dikhalayak ramai..
sebenarnya aku masih
belum yakin dengan apa yang aku telah
persembahkan...........